Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 12 JULAI : Sebanyak RM600,000 dibelanjakan untuk memasang lampu diod pemancar cahaya (LED) di kawasan perindustrian Bandar Country Homes dan kawasan sekitarnya tahun ini.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang Chua Wei Kiat berkata projek bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) yang dilaksanakan sejak 5 Jun dijangka siap 28 Ogos ini.
[caption id="attachment_587013" align="aligncenter" width="808"] Wakil rakyat Rawang Chua Wei Kiat meninjau jalan raya yang sudah diturap pada 13 Jun 2023. Foto Facebook Chua Wei Kiat.[/caption]
"Selain lampu jalan, peruntukan sama turut digunakan untuk menukar kabel dan menaik taraf peti pembekal elektrik.
"Projek ini dapat memberi lebih dampak di kawasan tersebut yang merupakan pusat komersial di Rawang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Wei Kiat, projek berkenaan bakal memberi manfaat kepada 100,000 penduduk dan pemilik perusahaan di Pusat Bandar Country Homes dan kawasan sekitarnya.
[caption id="attachment_566045" align="aligncenter" width="792"] Wakil rakyat Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri ketika meninjau pemasangan lampu solar LED di Jambatan Cendayu Pulau Indah pada 5 Oktober 2020. Foto Facebook Azmizam Zaman Huri[/caption]
Sejak tahun lalu sejumlah RM5.2 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri bagi memasang 752 lampu LED di seluruh negeri.
EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata sebanyak 382 LED bernilai RM2.3 juta siap dipasang tahun lalu manakala 370 lampu lagi dipasang setakat ini membabitkan RM2.9 juta.