ADN

Kerajaan Negeri peruntuk RM1.5 juta untuk projek tambah baik tangki air

10 Jun 2023, 12:31 AM
Kerajaan Negeri peruntuk RM1.5 juta untuk projek tambah baik tangki air

Oleh Amirul Fazli

RAWANG, 10 JUN: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.5 juta untuk kerja penambahbaikan tangki air di Taman Sri Hijau, di sini.

Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang Chua Wei Kiat berkata projek yang kini sedang berjalan membolehkan tekanan air ditingkatkan dan bekalan air dapat digunakan setiap masa oleh penduduk kawasan terbabit.

"Projek ini akan memberi manfaat kepada 30,000 penduduk sekitar kawasan ini dan tangki air itu juga boleh bertahan sehingga lapan jam jika gangguan air terjadi," katanya.

Beliau berkata projek itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.