ad
ADN

Jalan lingkaran, parkir atasi kesesakan sekitar rumah ibadat di Subang Jaya

4 Mei 2023, 6:48 AM
Jalan lingkaran, parkir atasi kesesakan sekitar rumah ibadat di Subang Jaya
Jalan lingkaran, parkir atasi kesesakan sekitar rumah ibadat di Subang Jaya

SUBANG JAYA, 4 MEI: Sunway Group menyumbang RM7 juta bagi pembinaan jalan lingkaran di Jalan Kewajipan di sini untuk menyuraikan aliran trafik yang berlaku lebih 10 tahun lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze berkata laluan berdekatan tiga rumah ibadat di kawasan itu juga bakal memberi keselesaan kepada penganut agama masing-masing.

“Di sini kita ada bangunan Persatuan Penganut Agama Buddha Subang Jaya, Kuil Sri Varatharaja Perumal dan Gudwara Sahib Subang. Ketiga-tiganya terletak bersebelahan sahaja.

“Jadi apabila musim perayaan atau festival, kawasan ini akan menjadi sesak kerana setiap rumah ibadat masing-masing mempunyai 10,000 penganut yang datang,” katanya.

[caption id="attachment_579660" align="alignnone" width="500"] Anggota Rela mengawal kenderaan keluar dan masuk berhampiran Subang Jaya Buddhist Association SJBA, Jalan Kewajipan SS13 di Subang Jaya pada 4 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bertemu penganut agama Buddha sempena Hari Wesak di bangunan Persatuan Penganut Agama Buddha Subang Jaya di sini hari ini.

Turut hadir Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Mohd Zulkarnain Che Ali.

Menurut Michelle, jalan lingkaran yang menghubungkan Jalan Lagoon Selatan itu juga akan mempunyai 90 petak tempat letak kereta dan bakal mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan.

“Kita masih belum hantar kepada MBSJ untuk kelulusan. Sebaik diluluskan, projek ini akan terus dimulakan secepat mungkin,” katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.