AGENDA

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu

3 Jan 2023, 7:35 AM
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai hujan berterusan tahap waspada di beberapa bahagian di Sarawak bermula hari ini hingga 4 Jan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 1.30 tengah hari ini MetMalaysia memaklumkan hujan berterusan itu dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Hujan berterusan juga diramal di beberapa kawasan di Sabah membabitkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

MetMalaysia dalam kenyataan sama memberitahu keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula 6 hingga 7 Jan ini.

Menurut kenyataan itu, di Kelantan ia melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, sementara bagi Terengganu pula membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.