ad
PBT

Beri kesedaran jaga alam sekitar, MPS anjur program tanam 25,000 pokok

18 Dis 2022, 3:56 AM
Beri kesedaran jaga alam sekitar, MPS anjur program tanam 25,000 pokok
Beri kesedaran jaga alam sekitar, MPS anjur program tanam 25,000 pokok

Oleh SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 18 DIS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menganjurkan program menanam 25,000 pokok di seluruh kawasan pentadbirannya semalam.

Yang Dipertuanya berkata program sempena ulang tahun ke-25 pihak berkuasa tempatan itu bertujuan memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar.

[caption id="attachment_556113" align="alignleft" width="340"] Yang Dipertua MPS Dato' Mohd Yazid Sairi[/caption]

"Kita tanam 50 pokok di sini dan selebihnya di 25 tapak termasuk satu kawasan pemaju Sime Darby (Elmina Business Park)," kata Dato' Mohd Yazid Sairi.

Terdahulu, beliau menghadiri program Tanam 25,000 Pokok di Rawang. Majlis dirasmikan Orang Besar Daerah Gombak Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' (Dr) Wan Mahmood Pa'Wan Teh.

Dalam perkembangan lain, Mohd Yazid berkata program MPS lebih rancak tahun dengan jangkaan bajet keseluruhan lebih RM80 juta.

"Setiap tahun kita peruntuk lebih RM50 juta, tahun depan dengan kenaikan jumlah belanjawan, jangkaan lebih RM80 juta," katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.