ad
PBT

MPKS tawar diskaun 50 peratus kompaun pelbagai kesalahan

1 Nov 2022, 8:10 AM
MPKS tawar diskaun 50 peratus kompaun pelbagai kesalahan
MPKS tawar diskaun 50 peratus kompaun pelbagai kesalahan

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 1 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan pengurangan kompaun pelbagai kesalahan sebanyak 50 peratus.

Kempen berkenaan bertujuan memberi ruang kepada orang awam menjelaskan kompaun mereka bermula hari ini hingga 15 Disember depan, menurut pihak berkuasa tempatan itu.

"Pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui ip3ks, aplikasi CEPat - Citizen E-Payment dan PBTpay.

"Pembayaran secara terus juga boleh dibuat di kaunter cawangan Unit Perundangan," katanya menerusi Facebook.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-3289 7385 sambungan 30.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.