ADN

Wakil rakyat Kota Anggerik agih kotak makanan sempena Deepavali

24 Okt 2022, 6:54 AM
Wakil rakyat Kota Anggerik agih kotak makanan sempena Deepavali

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 24 OKT: Seramai 40 penganut Hindu sekitar bandar raya ini menerima bantuan kotak makanan sempena sambutan Deepavali.

Wakil rakyat Kota Anggerik Najwan Halimi berkata majlis penyerahan sumbangan diadakan di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 7, di sini semalam.

Menurut Najwan serahan dilakukan bersama Ketua KEADILAN Shah Alam, Rodziah Ismail dan pimpinan cabang.

“Bersama Ketua KEADILAN Shah Alam, YB Rodziah Ismail dan pimpinan cabang menyerahkan sumbangan bantuan sempena Deepavali kepada 40 keluarga keturunan India di Flat PKNS, Seksyen 7.

“Bantuan turut diserahkan kepada masyarakat India di Seksyen 16, Seksyen 18 dan Seksyen U16,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.