ad
SELANGOR

Lapan daerah di Selangor dikenal pasti berisiko banjir

20 Sep 2022, 3:05 PM
Lapan daerah di Selangor dikenal pasti berisiko banjir

SHAH ALAM, 20 SEPT: Sebanyak lapan daripada sembilan daerah di Selangor dikenal pasti sebagai 'hotspot' banjir, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut agensi itu, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan lapan daerah terlibat adalah Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor manakala daerah yang tidak disenarai sebagai 'hotspot' ialah Hulu Selangor.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebooknya malam ini, Nadma memaklumkan 'hotspot' berkenaan ditentukan berdasarkan kekerapan banjir lebih tiga kali dari 2019 hingga 2022.

Pada masa sama, kesemua kesembilan daerah di Selangor itu diletakkan sebagai berisiko banjir dan penentuannya adalah berdasarkan kawasan tersebut pernah dilanda banjir.

Orang ramai yang ingin mendapatkan senarai terperinci kawasan boleh merujuk Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Instagram, Majlis Keselamatan Negara.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.