ad
PBT

MPAJ tawar diskaun kompaun am, trafik sehingga 80 peratus

29 Ogos 2022, 9:03 AM
MPAJ tawar diskaun kompaun am, trafik sehingga 80 peratus

SHAH ALAM, 29 OGOS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan diskaun kompaun sehingga 80 peratus sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Ketua bahagian perhubungan awam dan sekretariatnya berkata tawaran pengurangan kompaun am dan trafik itu tertakluk kepada terma serta syarat.

“Kempen diadakan bertujuan memberi peluang kepada orang awam untuk menyelesaikan kompaun yang ada bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober,” kata Norhayati Ahmad dalam kenyataan.

Menurutnya, bayaran boleh dilakukan di kaunter perkhidmatan Aras 4, Menara MPAJ setiap Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 4.30 petang.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Penguatkuasa di talian 03- 42857024 atau Jabatan Undang-undang (03-42857016).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.