AGENDA

Liga Super: Selangor FC tewaskan Penang FC 2-0

16 Jul 2022, 3:23 PM
Liga Super: Selangor FC tewaskan Penang FC 2-0

SHAH ALAM, 16 JULAI: Selangor FC berjaya menewaskan Penang FC 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya sebentar tadi.

Gol kemenangan Selangor FC dijaringkan oleh Shahrel Fikri Fauzi dan Syahir Bashah, masing-masing pada minit ke-73 dan ke-79.

Berikutan kemenangan itu, Selangor FC kini berada di kedudukan kelima Liga Super dengan 15 mata selepas 10 perlawanan.

Kedudukan Liga Super ketika ini diketuai Johor Darul Ta'zim dengan 26 mata, diikuti Sabah FC (22 mata), Negeri Sembilan FC (20 mata) dan Terengganu FC (16 mata).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.