ad
AGENDA

Selangor FC, Provident Fiduciaries jalin kerjasama, perkasa program sosial, akar umbi

30 Jul 2025, 8:57 AM
Selangor FC, Provident Fiduciaries jalin kerjasama, perkasa program sosial, akar umbi
Selangor FC, Provident Fiduciaries jalin kerjasama, perkasa program sosial, akar umbi
Selangor FC, Provident Fiduciaries jalin kerjasama, perkasa program sosial, akar umbi

Oleh Muhammad Rey Hazriell

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Selangor FC dan Provident Fiduciaries Berhad (PFB), hari ini.

Kerjasama itu membuka peluang kepada pertumbuhan kelab, seiring aspirasi Tengku Amir Shah selaku Penaung Diraja Selangor FC, yang mahu mengangkat pembangunan akar umbi, kepimpinan belia dan kesedaran sosial melalui sukan bola sepak.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon berkata jalinan tersebut bukan hanya memberi kekuatan kewangan, tetapi membuka ruang untuk pelaburan sosial jangka panjang

“Kerjasama ini mencerminkan nilai, visi dan aspirasi yang seiring. Ia membuka peluang luas kepada pertumbuhan kelab dari segi operasi, komersial dan impak sosial,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

[caption id="attachment_713068" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama Rakan Strategik di antara Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC (SFC) Dr Johan Kamal Hamidon (empat, kiri) dan Ketua Pegawai Operasi merangkap Pengarah Eksekutif Provident Fiduciaries Berhad (PFB) Alan Wong (tiga, kanan) di Zayen International (M) Berhad, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur pada 30 Julai 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Jelas beliau, perbelanjaan kelab secara keseluruhan tidak meningkat besar tahun ini, namun pelaburan untuk pasukan utama kekal konsisten bagi memastikan prestasi tidak tergugat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PFB Alan Wong berkata penyertaan dalam arena bola sepak menerusi kerjasama dengan Selangor FC merupakan langkah strategik ke arah pembangunan sosial yang lebih inklusif.

“Kami ingin pastikan sokongan bukan sahaja dari segi operasi, tetapi juga membina hubungan dengan masyarakat dan beri lebih banyak ruang untuk pemain muda menyerlah,” katanya.

Antara inisiatif yang akan dijalankan melalui kerjasama ini termasuk pembangunan belia, aktiviti komuniti, program pertukaran dan penglibatan peminat menerusi pelbagai acara Selangor FC.

[caption id="attachment_713067" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan jersi kepada Pengerusi Provident Fiduciaries Berhad (PFB) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (empat kanan) dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama Rakan Strategik di antara Selangor FC (SFC) dan PFB di Zayen International (M) Berhad, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur pada 30 Julai 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.