KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Perjuangan pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong, berakhir seawal pusingan kedua di Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun hari ini.
SHAH ALAM, 23 OGOS: Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda tujuh daerah di Selangor hingga jam 11 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar mengesahkan sudah mengemukakan surat peletakan jawatan pada minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan hebahan di satu akaun Facebook palsu, yang menggunakan nama Jabatan Imigresen Malaysia.
SHAH ALAM, 23 OGOS: Tiga daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang hingga jam 9 pagi ini.
PUTRAJAYA, 22 OGOS: Kementerian Pendidikan (KPM) menerima 19 aduan berkaitan kes buli di sekolah menerusi portal aduan buli sejak ia dilancarkan pada Khamis lepas.
SEPANG, 22 OGOS: Polis melupuskan barang kes bagi tujuh kes antara 2018 dan 2021 yang telah selesai pendakwaan bernilai RM1.1 juta, kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof.
KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Seramai 238 warga tempatan menjadi mangsa sindiket penipuan bekerja di luar negara termasuk 168 orang yang masih terkandas di luar negara, kata Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.
SHAH ALAM, 19 OGOS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menyasarkan 500 usahawan memohon pembiayaan i-Bisnes sepanjang Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.
SHAH ALAM, 19 OGOS: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM4.7 bilion bagi pelaksanaan projek tebatan banjir di negeri ini.
ZURICH, 19 OGOS: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis mengumumkan bahawa 2.45 juta tiket untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022 berjaya dijual setakat ini.
PETALING JAYA, 19 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak bercadang mengenakan kompaun terhadap pemilik premis perniagaan yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
SHAH ALAM, 19 OGOS: Orang awam diminta membuat aduan di aplikasi iClean Selangor sekiranya berdepan masalah kutipan sampah termasuk pembuangan sampah pukal.
PORT DICKSON, 19 OGOS: Orang ramai boleh menggunakan cuka sebagai rawatan awal untuk sengatan ubur-ubur, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Wan Muhammad Aznan Abdullah.
PETALING JAYA, 19 OGOS: Buat julung kalinya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengibarkan dua Jalur Gemilang berukuran gergasi sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
BANGI, 19 OGOS: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menerusi kerjasama rentas kementerian akan menyediakan dana bagi membolehkan masyarakat Orang Asli berkecimpung dalam bidang perniagaan inap desa secara serius, kata Ketua Pengarahnya Sapiah Mohd Nor.
REMBAU, 18 OGOS: Transformasi budaya tempat kerja di Kementerian Kesihatan (KKM) perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah buli dalam kalangan petugas sektor kesihatan awam, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
SHAH ALAM, 18 OGOS: Hadiah bernilai RM40,000 menanti pemenang pertandingan mereka cipta tanglung berkonsepkan kelestarian mesra alam peringkat negeri Selangor 2022.
SHAH ALAM, 18 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan lima kompaun terhadap sebuah restoran di Telok Panglima Garang kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
SHAH ALAM, 18 OGOS: Daerah Sabak Bernam, Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir hingga jam 12 tengah hari ini.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.