ad
PBT

MPS cari juara kebun komuniti terbaik Selayang

12 Jul 2022, 7:10 AM
MPS cari juara kebun komuniti terbaik Selayang

SHAH ALAM, 12 JULAI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengadili kebun komuniti di kawasan pentadbirannya bagi menentukan juara Pertandingan Edible Garden sempena Program Kebun Komuniti 2022.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata penjurian pada 5 hingga 6 Julai lalu melibatkan 15 kebun komuniti di bawah Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon Ahli Majlis MPS.

"Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Kebun Komuniti Terbaik, Plot Kebun Komuniti Terbaik Setiap Kebun dan Penyelenggaraan Kebun Komuniti.

"Keputusan penjurian ini akan diumumkan pada majlis yang akan berlangsung pada Oktober ini," katanya menerusi Facebook.

Menurut MPS antara barisan juri ialah wakil dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Nur Alina Arni Md Morni dan Nazirah Mohd Selamat (Jabatan Pertanian Gombak/Petaling).

Turut mengadili wakil dari Pusat Transformasi Komuniti Universiti Putra Malaysia (UPM) Mahani Amat Halimi, Muhammad Mui'zzuddin Selamat (Jabatan Perancang Bandar MPS) dan Muhammad Faisal Hilmi Jamaluddin (Jabatan Landskap MPS).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.