AGENDA

Belia dipelawa sertai program duta perpaduan, asah bakat kepimpinan

28 Jun 2022, 6:00 AM
Belia dipelawa sertai program duta perpaduan, asah bakat kepimpinan
Belia dipelawa sertai program duta perpaduan, asah bakat kepimpinan

SHAH ALAM, 28 JUN: Kerajaan Negeri mempelawa golongan belia dari negeri ini untuk menyertai program Duta Perpaduan Selangor 2022.

EXCO Kesihatan Awam dan Perpaduan berkata program itu bertujuan melahirkan pelapis kepimpinan yang menjiwai semangat perpaduan dan dapat mengukuhkan kesepaduan rakyat negeri Selangor.

"Peserta akan diberi latihan dan kemahiran intensif khusus berkaitan perpaduan sebelum mempraktikkannya dalam kalangan masyarakat.

"Selain itu, peserta juga disediakan platform komunikasi bagi menyuarakan pandangan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri selain pendedahan terhadap kepimpinan," kata Dr Siti Mariah Mahmud dalam kenyataan.

Pada masa sama, katanya, peserta akan diberi peruntukan bagi menjalankan pelbagai program, selain menerima elaun penyertaan dan berpeluang menyertai lawatan rasmi ke luar negara.

Permohonan lengkap hendaklah dihantar ke alamat e-mel rasmi Duta Perpaduan Selangor iaitu kitakanselangor@gmail.com sebelum jam 6 petang pada 30 Jun 2022.