AGENDA

Enam daerah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dijangka hujan hingga jam 9 pagi

21 Jun 2022, 11:38 PM
Enam daerah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dijangka hujan hingga jam 9 pagi

SHAH ALAM, 22 JUN: Daerah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang hingga jam 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata ia turut membabitkan seluruh Negeri Sembilan, Melaka, Bentong dan Bera di Pahang; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.