ad
AGENDA

Telur, beras, minyak masak paling laris di Jualan Ehsan

7 Jun 2022, 11:31 AM
Telur, beras, minyak masak paling laris di Jualan Ehsan

SHAH ALAM, 7 JUN: Telur, beras dan minyak masak adalah produk jualan paling laris di Jelajah Jualan Ehsan di Taman Medan, Petaling Jaya pada Sabtu lalu.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan sebanyak 100 bekas telur, 50 beg beras dan 200 paket minyak masak dijual pada jelajah bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari itu.

"Sambutan sangat menggalakkan apabila penduduk sekitar turut mengambil peluang membeli barang keperluan harian lain seperti ikan, daging, buah-buahan dan sayuran yang dijual pada harga berpatutan.

"Lokasi seterusnya Jelajah Jualan Ehsan adalah Kampung Tasik Permai, Ampang iaitu pada Sabtu 11 Jun ini," katanya kepada Selangorkini.

Sejak Februari, Kerajaan Selangor melancarkan Program Intervensi Ehsan menerusi Jualan Prihatin Rakyat dan Jualan Prihatin Mega bagi meringankan beban masyarakat.

Pada 27 Mei lalu, EXCO Pertanian dan Asas Tani Ir Izham Hashim memaklumkan jumlah ayam untuk jualan murah pada bulan ini ditingkatkan dari 10,000 kepada 20,000 ekor sehari.

Katanya, peningkatan 10,000 ekor ayam berbanding perancangan awal itu disebabkan permintaan yang tinggi di Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.