ad
AGENSI

Kunjungi sembilan lokasi jualan ehsan rakyat esok

29 Okt 2022, 3:33 AM
Kunjungi sembilan lokasi jualan ehsan rakyat esok
Kunjungi sembilan lokasi jualan ehsan rakyat esok

SHAH ALAM, 29 OKT: Program Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan ke sembilan lokasi esok bagi memenuhi permintaan orang ramai mendapatkan barang keperluan asas di bawah harga pasaran.

Jualan yang bermula jam 10 pagi hingga 1 petang diadakan di KIP Sentral, Kota Warisan bersempena Program Jelajah Selangor Penyayang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sepang.

Lokasi lain ialah Kampung Merbau Sempak (DUN Paya Jaras); Cempaka 2, Gugusan Cempakan Seksyen 6 (Kota Damansara); Balai Raya MPKK, Perigi Nenas (Pelabuhan Klang) dan Damansara Damai (Bukit Lanjan).

Antara lain Pangsapuri Citra, Taman Kajang Utama (Sungai Ramal); Pangsapuri Adalia, Kajang (Kajang); pekarangan Balai Raya Kampung Teluk Rhu (Sungai Air Tawar) dan Parit 14 dan Ban Canal, Simpang 5 Sungai Besar (Festival Ban Canal).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan barangan dapur seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan) dalam program bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari itu.

Turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung atau selayang dengan RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.