ad
AGENSI

Program jualan murah PKPS pagi ini, bantu penduduk jimat belanja

15 Apr 2025, 12:00 AM
Program jualan murah PKPS pagi ini, bantu penduduk jimat belanja
Program jualan murah PKPS pagi ini, bantu penduduk jimat belanja
Program jualan murah PKPS pagi ini, bantu penduduk jimat belanja

SHAH ALAM, 15 APRIL: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi pagi ini.

Program bermula seawal jam 9 pagi itu menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Antara barangan yang ditawarkan termasuk ayam seekor pada harga RM12, daging pejal RM10 sepaket, telur gred B RM10 sepapan, ikan kembung RM6 sepaket, minyak masak dua kilogram RM10, serta beras lima kilogram pada harga RM13.

Turut diperkenalkan dalam inisiatif kali ini ialah beberapa produk baharu seperti tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16), serta lampin bayi pakai buang pada harga RM12.

Berikut lokasi JER pada pagi ini:

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi melaksanakan program JER sepanjang tahun ini. Usaha itu turut dilengkapi dengan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang hujung tahun, yang akan menawarkan barangan keperluan pada harga 10 hingga 15 peratus lebih murah daripada pasaran biasa.

Setakat ini, Ehsan Mart telah beroperasi di Sungai Tua dan Pandan Indah, manakala cawangan baharu bakal dibuka di Hulu Kelang. Kerajaan negeri turut menyasarkan pembukaan pasar raya ini di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang 2027.

[caption id="attachment_691425" align="aligncenter" width="645"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, PKPS dengan kerjasama rangkaian pasar raya Segi Fresh menyasarkan penubuhan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh, dengan cawangan pertama dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

PKPS sebelum ini menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti atas kejayaan pelaksanaan JER, dan turut mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai penganjur jualan bersubsidi terbesar di negara ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.