BERITA UTAMA

MPAJ pelawa warga Ampang kongsi cadangan, pandangan belanjawan 2023

5 Apr 2022, 12:14 AM
MPAJ pelawa warga Ampang kongsi cadangan, pandangan belanjawan 2023

SHAH ALAM, 5 APRIL: Warga Ampang dipelawa menyertai penyediaan belanjawan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2023 secara dalam talian.

MPAJ menerusi Facebook memaklumkan orang ramai boleh memberi pandangan dan cadangan mereka melalui pautan soal selidik menerusi dalam talian.

"Pandangan dan cadangan diperlukan untuk memastikan belanjawan tersebut relevan, praktikal dan memenuhi kehendak serta keperluan penduduk Ampang Jaya.

"Buah fikiran diberikan mampu menjadi input yang signifikan dalam menangani isu-isu perbandaran seperti kebersihan, perumahan, pencemaran alam sekitar, keselamatan, lalulintas, penguatkuasaan, bencana alam dan sebagainya," katanya menerusi kenyataan.

Orang ramai yang ingin berkongsi pandangan boleh melayari laman sesawang https://docs.google.com/.../1FAIpQLSf5U1KFLLZqOV.../viewform

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.