AGENDA

Selangor sedia dana hampir RM7.7 bilion laksana program tebatan banjir

25 Mac 2022, 7:01 AM
Selangor sedia dana hampir RM7.7 bilion laksana program tebatan banjir

DAMANSARA, 25 MAC: Kerajaan Selangor memperuntukkan hampir RM7.7 bilion bagi menjayakan projek tebatan banjir di negeri ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata projek itu akan dimulakan dengan proses mendalamkan Sungai Klang dan ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Ini juga adalah sebahagian daripada projek pembangunan Sungai Klang. Perancangan ini telah dibentang pada program pemukiman lepas.

"Sebahagian kos keseluruhan ini akan dibiayai Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pasar PJKita@Sri Damansara, di sini hari ini.

Pada Disember lalu, Amirudin memaklumkan sebanyak RM60 juta akan diperuntuk tahun ini bagi melaksanakan pembangunan tebatan sebagai langkah jangka panjang mengatasi isu banjir.

Jumlah itu adalah menyamai peruntukan pada 2021 namun perbelanjaan tahun berkenaan hanya membabitkan dana antara RM40 hingga RM45 juta susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.