AGENDA

Lebih 99 peratus kategori 1 dan 2, jumlah jangkitan kembali ke paras lebih 22,000 kes

15 Feb 2022, 7:51 AM
Lebih 99 peratus kategori 1 dan 2, jumlah jangkitan kembali ke paras lebih 22,000 kes

SHAH ALAM, 15 FEB: Jangkitan harian Covid-19 melonjak kepada 22,133 kes hari ini selepas berada pada paras 21,000 selama dua hari berturut-turut.

Namun ketua pengarah kesihatan menjelaskan 21,987 kes atau 99.34 peratus dalam kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (bergejala ringan).

"Daripada kes yang dilaporkan hari ini, 146 kes (0.66 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter.

Majoriti pesakit dalam kategori 2, berikut pecahan kes mengikut kategori:

- Kategori 1: 5,831 kes (26.34 peratus)

- Kategori 2: 16,156 kes (73 peratus)

- Kategori 3: 102 kes (0.46 peratus)

- Kategori 4: 24 kes (0.11 peratus)

- Kategori 5: 20 kes (0.09 peratus)

Jumlah terkumpul di negara ini 3,083,683 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.