ADN

DUN Bukit Melawati beri sumbangan ayam, bantu pelajar tahfiz kena kuarantin

11 Feb 2022, 8:23 AM
DUN Bukit Melawati beri sumbangan ayam, bantu pelajar tahfiz kena kuarantin

SHAH ALAM, 11 FEB: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menyumbangkan 50 ekor ayam bagi membantu warga Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar, Kuala Selangor yang dikuarantin.

Ahli Dewan Negerinya Juwairiya Zulkifli berkata pihaknya juga menyumbang pelitup muka, kit ujian kendiri, sut pelindung diri (PPE) dan pensanitasi, semalam.

"Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) juga menyumbangkan ubat-ubatan untuk pelajar tahfiz yang akan dihantar dalam masa terdekat," katanya menerusi Facebook.

Beliau memaklumkan setakat ini seramai 83 warga pusat pengajian itu termasuk tiga guru didapati positif Covid-19.

"Sama-sama kita doakan semoga semua pelajar diberikan kesembuhan segera dan kembali pulih seperti sediakala," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.