AGENDA

Jangkitan harian Covid-19 turun paras 7,000

15 Okt 2021, 6:40 AM
Jangkitan harian Covid-19 turun paras 7,000

SHAH ALAM, 15 OKT: Sebanyak 7,420 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook itu menurun sedikit  berbanding 8,084 kes dicatatkan semalam.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak kini mencecah 2,377,033 kes.