AGENDA

Jangkitan harian turun sedikit, Selangor masih paras 1,000 kes

2 Okt 2021, 9:04 AM
Jangkitan harian turun sedikit, Selangor masih paras 1,000 kes

SHAH ALAM, 2 OKT: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara turun kepada 10,915 kes berbanding 11,889 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor turun sedikit kepada 1,386 berbanding 1,568 kes semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 2,121 kes berbanding 2,413 kes semalam.

Dua lagi negeri turut mencatat paras 1,000 iaitu Kelantan dengan 1,288 kes diikuti Johor (1,124).

Jumlah jangkitan bagi negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Perak - 862

Terengganu - 818

Sabah - 784

Pulau Pinang - 768

Kedah - 574

Pahang - 504

Melaka - 216

Negeri Sembilan - 211

Kuala Lumpur - 171

Perlis - 58

Putrajaya - 26

Labuan - 4