AGENDA

Jangkitan harian catat 9,380 kes, Selangor turun paras 1,100

6 Okt 2021, 6:23 AM
Jangkitan harian catat 9,380 kes, Selangor turun paras 1,100

SHAH ALAM, 6 OKT: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara meningkat kepada 9,380 kes berbanding 8,817 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor turun lebih 200 kepada 1,116 kes berbanding 1,348 semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 1,503 kes, sedikit meningkat berbanding 1,361 semalam.

Dua lagi negeri turut merekod jangkitan empat angka iaitu Kelantan dengan 1,170 kes diikuti Johor (1,105).

Angka bagi negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Sabah - 790

Terengganu - 704

Perak - 629

Pulau Pinang - 623

Kedah - 556

Pahang - 511

Kuala Lumpur - 214

Melaka - 200

Negeri Sembilan - 191

Perlis - 42

Putrajaya - 18

Labuan - 8