AGENDA

Jangkitan harian bawah paras 10,000, Selangor catat 1,000 kes

3 Okt 2021, 6:38 AM
Jangkitan harian bawah paras 10,000, Selangor catat 1,000 kes

SHAH ALAM, 3 OKT: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara terus menunjukkan penurunan kepada 9,066 kes berbanding 10,915 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor turut turun lebih 300 kepada 1,000 kes berbanding 1,386 semalam.

Tiada negeri mencatat kes lebih 2,000 dengan Sarawak kekal tertinggi iaitu 1,418 kes, turun berbanding 2,121 semalam.

Kebanyakan negeri lain merekodkan kes tiga dan dua angka manakala Labuan mencatat sifar kes.

Angka jangkitan negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Johor - 981

Terengganu - 827

Kelantan - 796

Sabah - 767

Kedah - 670

Perak - 669

Pahang - 630

Pulau Pinang - 620

Melaka - 206

Kuala Lumpur - 201

Negeri Sembilan - 191

Perlis - 66

Putrajaya - 24