AGENDA

Jangkitan harian catat 11,889 kes, Selangor turun paras 1,500

1 Okt 2021, 7:33 AM
Jangkitan harian catat 11,889 kes, Selangor turun paras 1,500

SHAH ALAM, 1 OKT: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara menurun sedikit kepada 11,889 kes berbanding 12,735 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor turut turun beberapa ratus kes kepada 1,568 berbanding 1,940 kes semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 2,413 kes, tidak banyak beza berbanding 2,487 kes semalam diikuti Johor (1,217).

Jumlah jangkitan bagi negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Perak - 959

Sabah - 872

Kelantan - 858

Pahang - 831

Pulau Pinang - 779

Kedah - 710

Terengganu - 699

Melaka - 378

Kuala Lumpur - 289

Negeri Sembilan - 197

Perlis - 81

Putrajaya - 36

Labuan - 2