AGENDA

Jangkitan harian 17,577 kes, Selangor turun paras 2,600

17 Sep 2021, 7:44 AM
Jangkitan harian 17,577 kes, Selangor turun paras 2,600

SHAH ALAM, 17 SEPT: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 menurun lagi kepada 17,577 kes hari ini berbanding 18,815 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jumlah di Selangor turut menurun sedikit kepada 2,646 kes berbanding 2,718 kes semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 3,480 kes berbanding 3,660 semalam sementara Johor meningkat kepada 2,334 kes berbanding 2,206 sehari sebelumnya.

Empat negeri merekodkan paras 1,000 kes iaitu Perak dengan 1,596 kes, Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462) dan Kedah (1,173).

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Kelantan - 869

Pahang - 832

Terengganu - 719

Kuala Lumpur - 366

Melaka - 287

Negeri Sembilan - 198

Perlis - 41

Putrajaya - 31

Labuan - 10