AGENDA

Jumlah jangkitan di Selangor turun semula ke paras 2,000 kes

11 Sep 2021, 7:34 AM
Jumlah jangkitan di Selangor turun semula ke paras 2,000 kes

SHAH ALAM, 11 SEPT: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor kembali turun kepada 2,416 kes hari ini selepas mencatat 3,595 semalam.

Kes di Selangor sebelum ini mencatat paras 2,000 empat hari berturut sejak Isnin dengan 2,126 kes, 2,107 (Selasa), 2,989 (Rabu) dan 2,700 (Khamis) sebelum meningkat ke paras 3,000 semalam.

Mengikut data dikongsi ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook jumlah jangkitan nasional sebanyak 19,550 kes menurun sedikit berbanding 21,176 semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan harian paling tinggi dengan 3,743 kes sementara dua lagi negeri di paras 2,000 iaitu Johor 2,282 dan Sabah 2,163.

Berikut pecahan kes bagi negeri dan wilayah lain:

Pulau Pinang - 1,865

Kedah - 1,390

Perak - 1,354

Kelantan - 1,320

Terengganu - 953

Pahang - 722

Kuala Lumpur - 555

Melaka - 490

Negeri Sembilan - 198

Perlis - 73

Putrajaya - 24

Labuan - 2