ADN

Selangor rancang pertandingan pantun, syair dalam talian

11 Jul 2021, 1:20 PM
Selangor rancang pertandingan pantun, syair dalam talian

SHAH ALAM, 11 JULAI: Kerajaan Selangor akan menganjurkan pertandingan berpantun dan bersyair dalam talian sekitar September ini bagi menarik minat orang muda dalam kegiatan seni berkenaan.

EXCO kebudayaan dan warisan menjelaskan mekanisme pertandingan sedang dibuat sebelum disusuli perbincangan dengan beberapa pihak termasuk Majlis Kebudayaan Negeri Selangor bagi memastikan kelancaran acara.

"Pertandingan ini terbuka kepada semua dan tujuan dianjurkan untuk menarik minat orang muda dalam seni pantun, sajak dan syair," kata Borhan Aman Shah.

Pada 1 Mac, Selangor julung kali menganjurkan program Rentak Selangor dalam talian yang menampilkan 10 jenis kebudayaan.

Acara selama satu jam di Warisan Hall Studio Sijangkang, Kuala Langat mempersembah antaranya tarian pooja, muzik gambus, tarian kuda dan muzik cempuleng.

Program itu menjadi platform kepada anak seni untuk membuat persembahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.