ADN

Biasiswa untuk lepasan SPM di Pandan Indah sambung belajar

8 Jun 2021, 7:34 AM
Biasiswa untuk lepasan SPM di Pandan Indah sambung belajar

SHAH ALAM, 8 JUN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah yang layak menyambung pengajian ke peringkat seterusnya diminta memohon biasiswa penuh disediakan.

Ahli Dewan Negeri (ADN)nya berkata biasiswa di bawah program 'Selangkah Ke Menara Gading' dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Malaysia sudah dibuka permohonannya.

"Mohon segera biasiswa penuh bersyarat yayasan berkenaan," kata Ir Izham Hashim menerusi Facebook hari ini.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pra pendaftaran biasiswa di bawah pautan https://forms.gle/gRZQBAyfedSUrvkU8.

Tawaran itu terhad kepada 100 permohonan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Yayasan Pendidikan Malaysia di talian 03 8800 0330.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.