ADN

DUN Bandar Utama tawar saringan Covid-19 serendah RM50

21 Apr 2021, 3:58 AM
DUN Bandar Utama tawar saringan Covid-19 serendah RM50
DUN Bandar Utama tawar saringan Covid-19 serendah RM50

SHAH ALAM, 21 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menawarkan saringan menggunakan kit ujian pantas (RTK-Ag) serendah RM50 kepada penduduk kawasan itu.

Wakil rakyat Jamaliah Jamaluddin berkata tawaran dengan subsidi sebanyak RM20 diberikan kepada 500 individu terawal yang membuat prapendaftaran melalui WhatsApp #PKBU ke 017-2373005.

"Penduduk perlu membawa kad pengenalan dan bil utiliti. Kos RM70 untuk ujian sama turut ditawarkan kepada orang ramai termasuk mereka yang bukan penduduk Bandar Utama.

"Ujian itu akan diadakan pada Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di Lyfe Clinic di Jalan SS 20/27 Petaling Jaya," katanya menerusi Facebook.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika hadir menjalankan ujian tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.