ADN

Penduduk DUN Kota Kemuning terima sumbangan makanan depani PKP

4 Feb 2021, 4:42 AM
Penduduk DUN Kota Kemuning terima sumbangan makanan depani PKP

SHAH ALAM, 4 FEB: Hampir 1,000 bakul makanan diagih kepada penduduk kurang berkemampuan (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning sejak bulan lalu.

Wakil rakyatnya berkata sumbangan beras, minyak masak, biskut dan sardin bernilai antara RM80 hingga RM90 dilaksana susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

V Ganabatirau memaklumkan sebanyak 480 bakul makanan diserahkan pada minggu pertama PKP dan 500 lagi diedarkan pada minggu berikutnya.

"Kita harap sumbangan ini membantu meringankan beban penduduk B40 ketika mendepani tempoh perintah kawalan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, agihan dibuat melalui khidmat sukarelawan, ketua kampung selain meminta penduduk mengambil sendiri bantuan tersebut.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.