ADN

Pelan tindakan atasi pencemaran sungai di Jeram

30 Jan 2021, 1:29 AM
Pelan tindakan atasi pencemaran sungai di Jeram

SHAH ALAM, 30 JAN: Isu pencemaran sungai Kampung Bagan Sungai Buloh, Jeram bakal ditangani melalui pelan tindakan oleh Lembaga Urus Air Selangor.

Wakil rakyat Bukit Melawati memaklumkan projek Pelan Tindakan Sungai Buloh dijangka mampu menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk terutama nelayan.

"Saya amat berharap pihak bertanggungjawab memantau isu ini dengan lebih kerap kerana nelayan mengadu benih kerang tidak mendatangkan hasil, malah burung migrasi juga tidak lagi singgah berikutan pencemaran," kata Juwairiya Zulkifli.

Beliau menjelaskan insiden sejak 2018 berpunca daripada bahan tercemar dilepaskan kilang berhampiran turut dibawa ke sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Sebelum ini, media melaporkan sungai di kawasan tersebut bertukar kehitaman dan berbuih seakan sisa minyak selain berbau bangkai sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan di situ.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.