ADN

DUN Subang Jaya baik pulih taman permainan Jalan USJ 3/4

9 Dis 2020, 7:50 AM
DUN Subang Jaya baik pulih taman permainan Jalan USJ 3/4

SHAH ALAM, 9 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya memperuntukkan RM19,994.80 bagi membaik pulih taman permainan di Jalan USJ 3/4 untuk keselesaan penduduk.

Ahli dewan negerinya berkata kerja baik pulih termasuk menggantikan lima kerusi kayu yang rosak dan memasang pemegang susur tangan di laluan pejalan kaki.

"Dua alatan permainan ditambah, kerja pembersihan taman, mengikis, mengecat semula peralatan lama, meratakan tanah dan menanam rumput juga dilakukan.

"Kerja baik pulih dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penduduk terutama kanak-kanak dan warga emas beriadah," kata Michelle Ng Mei Sze dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.