AGENDA

Saringan Covid-19 pekerja kilang warga asing mulai esok

30 Nov 2020, 12:15 PM
Saringan Covid-19 pekerja kilang warga asing mulai esok

SHAH ALAM, 30 NOV: Saringan Covid-19 terhadap semua pekerja kilang warga asing akan dijalankan bermula esok, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai permulaan, ia tertumpu di kawasan berisiko tinggi di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Labuan, Pulau Pinang dan Sabah.

"Syarikat terlibat dikehendaki menyediakan stesen kuarantin (QS) dan pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) bersesuaian serta menyediakan pengangkutan membawa pekerja ke lokasi terbabit.

"Syarikat juga perlu menanggung kos pengurusan QS dan PKRC, saraan makan minum, penginapan pekerja serta kos saringan," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata pekerja yang dikesan positif ujian RTK-Antigen dan tiada gejala akan ditempatkan di asrama pekerja dengan pengasingan daripada mereka yang negatif.

"Pekerja positif ujian RTK-Antigen dan mempunyai gelaja ringan ditempatkan di PKRC manakala pekerja positif dengan mempunyai gelaja serius perlu dimasukkan ke hospital.

"Bagi pekerja disahkan positif melalui ujian RT-PCR pula perlu ditempatkan di PKRC atau dimasukkan ke hospital," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.