ad
AGENDA

Gas nitrogen meletup, dua pekerja kilang cedera, seorang kritikal

22 Apr 2024, 6:18 AM
Gas nitrogen meletup, dua pekerja kilang cedera, seorang kritikal

SHAH ALAM, 22 APRIL: Tiga pekerja cedera termasuk seorang kritikal selepas gas nitrogen meletup dalam kejadian di sebuah kilang Kota Kemuning di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 10.14 pagi.

Susulan itu, katanya seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian berlaku akibat letupan gas nitrogen ketika ujian tekanan sedang dilakukan pekerja kilang terbabit.

"Letupan tersebut mengakibatkan mangsa iaitu dua lelaki cedera separa sedar dan seorang lagi kritikal," katanya.

Ahmad Mukhlis berkata Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut dikejarkan ke lokasi insiden bagi memastikan tiada bahaya melibatkan bahan kimia dan siasatan mendapati letupan tidak melibatkan struktur bangunan kilang tersebut.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.