AGENDA

Kilang proses minyak sawit mentah terbakar, dua pekerja melecur

7 Feb 2025, 10:47 AM
Kilang proses minyak sawit mentah terbakar, dua pekerja melecur

SEREMBAN, 7 FEB: Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima makluman mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 43 dan 36 tahun itu pada 1.09 petang.

“Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

“Kebakaran melibatkan sebahagian daripada struktur kilang berukuran 7,534 kaki persegi iaitu di bahagian gudang memproses minyak sawit mentah, sebuah ‘skylift’ dan jengkaut dengan kebakaran dianggarkan 20 peratus,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan tersebut, bomba membuat kerja 'overhaul' menggunakan salur bantu mula premis dan dua pancutan satu aliran 300’ pam jentera dan kebakaran berjaya dipadamkan pada 1.55 petang.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.