PBT

MPS kesan 22 tapak buang sampah haram, keluar 57 kompaun

29 Okt 2020, 7:50 AM
MPS kesan 22 tapak buang sampah haram, keluar 57 kompaun

SHAH ALAM, 29 OKT: Sebanyak 22 tapak pembuangan sampah haram berjaya dikesan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sepanjang tahun ini.

Yang Dipertua Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata dalam tempoh sama, 57 kompaun dikeluarkan terhadap syarikat dan individu yang melakukan aktiviti tersebut.

"Ia membabitkan 13 di Rawang, Gombak dan Kepong masing-masing empat dan satu di Selayang.

"Kami mengeluarkan notis kacau ganggu serta kompaun di bawah Seksyen 4, Undang-undang Kecil (UUK) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPS 2007," katanya kepada SelangorKini.

Tambah beliau, tindakan sitaan juga dilakukan di bawah Seksyen 21 UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPS 2007.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.