EXCO

Tiga hotel gulung tikar sebab Covid-19

16 Jul 2020, 6:41 AM
Tiga hotel gulung tikar sebab Covid-19

SHAH ALAM, 16 JULAI: Tiga hotel di negeri ini terpaksa menghentikan operasi kerana terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mencegah Covid-19.

EXCO Hal Ehwal Pengguna Hee Loy Sian berkata dua hotel lagi yang berdepan isu sama ditutup sementara sehingga hujung tahun ini.

"Sebahagian besar industri pelancongan terpaksa menutup operasi sepanjang PKP sekali gus memberi kesan kepada pendapatan penggiat industri," katanya menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Loy Sian berkata kajian Tourism Selangor mendapati lebih 50 peratus responden terpaksa menutup operasi kerana perhotelan bukan perniagaan penting semasa PKP.

"Hal ini secara kasar mengakibatkan banyak penggiat industri pelancongan terpaksa menghentikan operasi dan mungkin muflis," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.