BUDAYA

Papan iklan

13 Okt 2019, 2:23 PM
Papan iklan

Iklan 1:

tirai langit untuk dijual

demi menyewa sedada laut

Iklan 2:

sedada laut untuk disewa

Komentar:

nah, tidak tergamak mahu menjualnya

cukuplah fauna menebus

dengan cukai nyawa

sebidang samudera

tanpa kumuh manusia

Iklan 3:

sebongkah oksigen untuk disedekah

percuma: sekotak rumah kaca

Aduan:

entah bila

kesemua bongkah lesap

dijual pula di pasar karat

rumah kaca juga dirembat

tercicir menjadi kubah mendakap alam

Panas! Panas!

Iklan 4:

sepapan maruah untuk disewa

Harapan pengiklan:

moga dapat membeli cinta

sesudah alam diniagakan

tuntas

biarlah aku mengosongkan

setiap stok iklan

asal dapat kupulang ke rumah senja

meratib di riba isteri

perihal hal-hal kecil

seputar ruang yang merumahkan

cinta manusia.

Lokman Hakim

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.