GLOBAL

Barisan menteri Kabinet baharu Thailand angkat sumpah jawatan esok

15 Jul 2019, 8:20 AM
Barisan menteri Kabinet baharu Thailand angkat sumpah jawatan esok

BANGKOK, 15 JUL : Barisan menteri kabinet baharu Thailand akan mengangkat sumpah jawatan pada 16 Julai, lapor agensi berita Thailand (TNA) memetik setiausaha agung kabinet.

Perkara itu dimaklumkan Theerapong Wongsivawilat menerusi surat yang dihantar kepada Kabinet.

Majlis angkat sumpah akan diadakan di hadapan Raja Thailand, berlangsung di Dewan Amphorn Sathan.

Sejurus selepas majlis itu, perdana menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan barisan menteri kabinet, antara lain bagi membincangkan dasar kerajaan yang akan diumumkan di parlimen, kata Theerapong.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.