EKONOMI

Tiada lambakan durian di seluruh negara - FAMA

17 Jun 2019, 12:07 PM
Tiada lambakan durian di seluruh negara - FAMA

SEREMBAN, 17 Jun : Tiada lambakan durian dalam negara dilaporkan setakat ini, dan permintaan terhadap raja buah itu kian meningkat, kata Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak.

Beliau berkata pembekalan durian untuk pasaran tempatan untuk pasaran luar negara juga mencukupi, sekaligus dapat mengatasi masalah lambakan.

Katanya durian boleh diproses menjadi pes untuk kegunaan pelbagai produk makanan, termasuk dibuat tempoyak, dan pihaknya mendapati permintaan bagi produk-produk ini juga amat memberangsangkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali ke-16 Kelab Sukan FAMA Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, di sini, hari ini. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.