NASIONAL

Banjir di Membakut semakin pulih

15 Jun 2019, 2:09 PM
Banjir di Membakut semakin pulih

KOTA KINABALU, 15 JUN: Keadaan banjir di Membakut semakin pulih dengan hanya sembilan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7 malam ini.

Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan berkata, mereka terdiri empat dewasa, empat kanak-kanak dan seorang bayi dipindahkan di PPS Dewan Serbaguna Membakut.

"Jumlah mangsa banjir itu hanya membabitkan tiga keluarga dan kesemua mangsa banjir yang lain telah dibenarkan pulang berikutan keadaan banjir di kawasan masing-masing telah pulih," kata kenyataan itu.

Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.