SELANGOR

MB turun Bazar Ramadan PKNS

26 Mei 2019, 11:10 AM
MB turun Bazar Ramadan PKNS
MB turun Bazar Ramadan PKNS
MB turun Bazar Ramadan PKNS

 

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 26 MEI: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari meluangkan masa hampir 20 minit melawat Bazar Ramadan di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, hari ini.

Amirudin tiba di Bazar Ramadan sekitar jam 5.10 minit petang tadi ditemani isteri, Masdiana Muhamad.

Sementara itu, beliau turut beramah mesra dan berswafoto bersama peniaga dan pengunjung yang hadir.

Amirudin turut membeli juadah berbuka antaranya rendang daging dan kuih muih.

Bazar Ramadan PKNS seringkali diadakan setiap kali tibanya Ramadan dan sering mendapat sambutan daripada warga Shah Alam khususnya.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.