ad
NASIONAL

RON97 naik 8 sen, RON95 dan diesel kekal

24 Mei 2019, 9:07 AM

 

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 Mei: Harga runcit petroleum RON95 dan diesel kekal manakala RON97 naik 8 sen seliter kepada RM2.76 berbanding RM2.68 bagi tempoh 25 hingga 31 Mei.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, pengekalan dua produk petroleum itu menyaksikan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi diesel.

Katanya, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan dalam tempoh 25 Mei sehingga 31 Mei adalah berjumlah RM126.52 juta.

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 sepatutnya RM2.46 seliter manakala RM2.52 seliter bagi diesel.

"Namun, harga runcit produk petroleum RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berikutan keputusan kerajaan untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan beban kewangan rakyat," katanya dalam kenyataan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.