GLOBAL

Avengers: Endgame teruskan dominasi pecah panggung di China

4 Mei 2019, 9:44 AM
Avengers: Endgame teruskan dominasi pecah panggung di China

BEIJING, 4 MEI: Filem keluaran Disney dan Marvel, "Avengers: Endgame" terus mengungguli carta pecah panggung harian di tanah besar China pada Jumaat, hari ketiga selepas cuti May Day.

Filem adi wira itu mengaut lebih 237.28 juta yuan (kira-kira US$35.26 juta), menurut Rangkaian Maklumat Data Filem China.

Filem Lubnan "Capernaum" berada di tempat kedua dengan meraih hampir 34.77 juta yuan (US$5.2 juta).

Di tempat ketiga ialah filem domestik yang memaparkan genre drama romantik Always Miss You selepas memungut kira-kira 14.68 juta yuan (US$2.2 juta) pada hari kedua tayangannya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.