NASIONAL

21 mangsa banjir dipindah di Bintulu

26 Apr 2019, 3:35 AM
21 mangsa banjir dipindah di Bintulu

BINTULU, 26 APRIL: Seramai 21 mangsa dari dua kawasan di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Balai Raya Kampung Jabai setakat pukul 9 pagi ini akibat banjir kilat melanda kawasan terbabit.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan pagi ini berkata, kawasan yang dilanda banjir kilat itu ialah di Batu 9, Miri-Bintulu dan Kampung Sungai Sebatang.

"Seramai enam mangsa dari Batu 9, Miri-Bintulu sudah dipindahkan ke pusat pemindahan," katanya sambil menambah pusat pemindahan dibuka pada 5.45 pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan hari ini menyatakan terdapat seramai 15 orang termasuk seorang bayi lelaki dari Kampung Sungai Sebatang dipindahkan ke pusat pemindahan yang sama.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.