GLOBAL

Iran sokong kumpulan Palestin 'tentang' Israel

11 Feb 2019, 3:37 AM
Iran sokong kumpulan Palestin 'tentang' Israel

TEHRAN, 11 FEB: Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif pada Ahad berkata, republik Islam itu akan mengekalkan sokongan terhadap kumpulan 'penentang' Palestin, lapor agensi berita China, Xinhua memetik agensi berita IRNA.

"Iran akan menyokong kumpulan Palestin yang menentang pendudukan dan keganasan rejim Zionis (Israel)," kata Zarif.

Zarif membuat kenyataan itu ketika bertemu Setiausaha Agung Pergerakan Jihad Islam Palestin, Ziad al-Nakhala di ibu kota Lubnan iaitu Beirut.

Bagi pihaknya, al-Nakhala mengucapkan terima kasih kepada Iran atas sokongannya terhadap perjuangan Palestin dan negara itu.

Kedua-dua pihak membincangkan perkembangan terkini di tanah Palestin yang 'diduduki'.

Zarif tiba di Beirut pada Ahad bagi mengadakan rundingan dengan pegawai kanan Lubnan berhubung peningkatan hubungan.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.