GLOBAL

Piala Asia 2019: Qatar lengkapkan senarai ke suku akhir

23 Jan 2019, 3:10 AM
Piala Asia 2019: Qatar lengkapkan senarai ke suku akhir

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 23 JAN: Jaringan tunggal Bassam Hisham pada pertengahan babak kedua sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan Qatar bagi mengisi slot terakhir ke peringkat suku akhir Piala Asia 2019, menewaskan Iraq 1-0.

Sepakan percuma pemain pertahanan itu berjaya menembusi benteng lawan dan terus menerjah masuk menewaskan penjaga gol Iraq, Jalal Hassan pada minit ke-62.

Dalam aksi seimbang, Qatar mempunyai beberapa peluang terbaik untuk membuka jaringan terutama pada babak pertama menerusi dua percubaan Abdulkarim Hassan pada minit keempat dan penghujung masa tambahan babak pertama tetapi sekadar singgah ke palang gol.

Akram Afif sepatutnya menjaringkan gol pertama Qatar pada minit ke-53 selepas berjaya melepasi kawalan pertahanan Iraq tetapi pemain sayap itu gagal mengawal bola selepas melakukan larian solo.

Qatar bakal bertemua Korea Selatan dan pemenang pertemuan itu bakal menentang pemenang antara UAE atau Australia pada aksi peringkat Suku Akhir yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, China akan menentang Iran manakala Vietnam bertemu Jepun bagi mencari slot ke separuh akhir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.